Pengenalan Asy-Syaathir

My photo
Kaedah Asy-Syaathir kini dimajukan oleh SABR Teras Niaga Entreprise. Asy-Syaathir hasil pengumpulan pengalaman mengajar oleh Yang Alim Ustaz Arwani Sali. Untuk maklumat lanjut: SABR Teras Niaga Entreprise (SA0152229D) No. 84, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : +603-55483140 Fax : +603-55427864 E-mel : sabr02@streamyx.com

Latihan Pemaju dan Penyelia Masyarakat KEMAS, Sarawak Bumi Kenyalang

Musleh Ventures Sdn. Bhd. telah dijemput untuk mengadakan sesi latihan Kaedah Asy-Syaathir kepada 50 Pemaju dan Penyelia Masyarakat KEMAS di Sarawak. Program tersebut telah berlangsung di Pusat Latihan Sarawak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak, Kampung Telaga Air, Matang pada 28 Oktober hingga 31 Oktober 2008.

Selain daripada latihan Kaedah Asy-Syaathir, 10 jati diri muslimin dari Asy Shahid Hasan Al-Bana dijadikan rumusan kursus.






Perkembangan ini amat penting dalam mewujudkan budaya Al-Quran di Malaysia.

Sila hubungi Musleh Ventures Sdn. Bhd. untuk maklumat lanjut.

Kelas Intensif Asy-Syaathir

Musleh Ventures Sdn. Bhd. (533127-H) akan mengadakan Kelas Intensif Asy-Syaathir (Belajar Al-Quran Dalam 42 pertemuan) pada cuti sekolah yang akan datang ini. Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 November - 31 Disember 2008
Tempat : Musleh Ventures Sdn. Bhd.
Masa : Kumpulan A (10.00 pg - 11.00 pg)
Kumpulan B (2.00 ptg - 3.00 ptg)
Kumpulan C (5.00 ptg - 6.00 ptg)
(mengikut pilihan)
Umur : 7 - 12 tahun
Yuran : RM 450 (termasuk yuran pendaftaran)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Musleh Ventures Sdn. Bhd. (5331217-H)
No. 84, Jalan Pelabur A 23 / A,
Seksyen 23,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : +603-5548 3140
Fax : +603-5542 7864
Laman Web : www.musleh.com.my
E-mel : mvsb@musleh.com.my

Bagaimana Asy-Syaathir dilaksanakan?

Dalam Kaedah Asy-Syaathir, guru yang berada di hadapan kelas bukanlah hanya seorang guru sahaja. Guru menjadi fasilitator atau pemudah cara dalam proses pembelajaran. Melalui cara ini, murid tidak hanya mendengar dan mengikut pembacaan guru, tetapi juga bersama-sama membaca. Murid akan lebih mudah mengingati dan memahami pelajaran yang disampaikan.

Murid akan mendengar bacaan guru di hadapan. Selepas itu, murid akan mengulangi setiap bacaan dengan merujuk kepada buku bacaan Asy-Syaathir dan carta yang telah disediakan oleh guru. Bacaan juga akan dibuat secara berulang-ulang kali sehingga murid dapat mengingati bentuk huruf dan sebutan huruf tersebut. Cara ini akan diulang untuk membezakan bacaan panjang dan pendek, tanda berhenti, tanwin dan lain-lain.

Sedikit sebanyak cara pengajaran ada disediakan di dalam video.


Kenapa Asy-Syaathir?

Mengenai Kaedah Asy-Syaathir

Asy-Syaathir merupakan kaedah terbaru dalam pembelajaran asas Al-Quran. Ianya menggunakan susunan abjad-abjad Hijaiyah (Al-Quran). Lapan kata kunci digunakan dalam proses pelajaran Asy-Syaathir.

Kesemua lapan kata kunci ini diiramakan bagi memudahkan pelajar menyebut, mengenal dan menghafal huruf-huruf Arab dan seterusnya memudahkan pelajar membaca ayat-ayat dalam surah-surah Al-Quran.

Kaedah pembelajaran Asy-Syaathir menjadi lebih menarik kerana kaedah ini bukan sahaja mengajar tentang cara membaca Al-Quran. Ianya juga membolehkan pelajar untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab.

Matlamat Kaedah Asy-Syaathir ini adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja, daripada golongan kanak-kanak kepada golongan dewasa, membaca Al-Quran dalam masa yang singkat dan berkesan. Kaedah ini telah terbukti berkesan kelancaran bacaan Al-Quran dalam masa 48 jam!

Ianya berkesan kerana corak pengajaran Asy-Syaathir berbeza dengan cara konvensional. Para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep terus baca tanpa mengeja. Pengajaran akan dimulakan dengan aspek yang mudah dahulu iaitu pengenalan kepada huruf Abjadiah. Ianya kemudian disambung dengan kaedah untuk membezakan panjang dan pendek dalam bacaan. Akhir sekali, barulah pelajar diperkenalkan dengan tanda sukun, syaddah dan ketika berhenti.

Menjadi lebih menarik apabila guru hanya akan menjadi fasilitator atau pemudah cara dalam proses pembelajaran Asy-Syaathir. Ini bermaksud guru hanya akan menunjuk dan memastikan bahawa proses pembelajaran tidak terpesong. Lebih daripada 80% masa dalam proses belajar dilakukan oleh pelajar sendiri.