Pengenalan Asy-Syaathir

My photo
Kaedah Asy-Syaathir kini dimajukan oleh SABR Teras Niaga Entreprise. Asy-Syaathir hasil pengumpulan pengalaman mengajar oleh Yang Alim Ustaz Arwani Sali. Untuk maklumat lanjut: SABR Teras Niaga Entreprise (SA0152229D) No. 84, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : +603-55483140 Fax : +603-55427864 E-mel : sabr02@streamyx.com

Mengenai Kaedah Asy-Syaathir

Asy-Syaathir merupakan kaedah terbaru dalam pembelajaran asas Al-Quran. Ianya menggunakan susunan abjad-abjad Hijaiyah (Al-Quran). Lapan kata kunci digunakan dalam proses pelajaran Asy-Syaathir.

Kesemua lapan kata kunci ini diiramakan bagi memudahkan pelajar menyebut, mengenal dan menghafal huruf-huruf Arab dan seterusnya memudahkan pelajar membaca ayat-ayat dalam surah-surah Al-Quran.

Kaedah pembelajaran Asy-Syaathir menjadi lebih menarik kerana kaedah ini bukan sahaja mengajar tentang cara membaca Al-Quran. Ianya juga membolehkan pelajar untuk mempelajari dan memahami bahasa Arab.

Matlamat Kaedah Asy-Syaathir ini adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja, daripada golongan kanak-kanak kepada golongan dewasa, membaca Al-Quran dalam masa yang singkat dan berkesan. Kaedah ini telah terbukti berkesan kelancaran bacaan Al-Quran dalam masa 48 jam!

Ianya berkesan kerana corak pengajaran Asy-Syaathir berbeza dengan cara konvensional. Para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep terus baca tanpa mengeja. Pengajaran akan dimulakan dengan aspek yang mudah dahulu iaitu pengenalan kepada huruf Abjadiah. Ianya kemudian disambung dengan kaedah untuk membezakan panjang dan pendek dalam bacaan. Akhir sekali, barulah pelajar diperkenalkan dengan tanda sukun, syaddah dan ketika berhenti.

Menjadi lebih menarik apabila guru hanya akan menjadi fasilitator atau pemudah cara dalam proses pembelajaran Asy-Syaathir. Ini bermaksud guru hanya akan menunjuk dan memastikan bahawa proses pembelajaran tidak terpesong. Lebih daripada 80% masa dalam proses belajar dilakukan oleh pelajar sendiri.

No comments: